Apa Yang Kita Selalu Lupa..

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang aku jahil. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagiku. Tumbuhkanlah kecintaanku pada Al-Quran. Jadikan ia perisaiku,teman hidupku di dunia, penghibur kesepianku di dalam pusara dan penyelamat diriku pada hari kiamat kelak.
Ya Allah, jadikanlah Al Quran penyuluh jalan meniti sirat, teman ke syurga dan pendinding api neraka. Perkenankanlah wahai tuhan sekalian alam...

Hit Counter (1/12/08~now)

Friday, June 11, 2010

Really Really Beautiful French Song...

Tak rugi mendengarnya sebentar..

Sunday, May 02, 2010

Resipi Hachis Parmentier

Khas untuk kengkawan aku yg berminat nak cuba resipi baru terutama Ayu and Bahiyah..;)

Bahan-bahan:
  • 1 bj bawang besar
  • 1 bj bawang putih
  • 1 tablespoon butter
  • sedikit serbuk jintan ketumbar (kalau nak)
  • 3 tomatoes, chopped
  • sayur campur (addition ingrdnt)
  • semangkuk kck daging lembu (cincang halus)
  • 1 tablespoon herbs
  • salt and pepper
  • 1 kuning telur
  • 2/3 keping cheese 
 Topping
  • 4 - 5 cwn mashed potatoes
  • 3/4 cwn cheese 
  1. Semua bawang dicincang ditumis bersama serbuk jintan ketumbar dengan butter sampai wangi.
  2. Masukkan daging cincang, tumis sampai masak. Selepas itu masukkan button mushrooms dihiris, tomato (chopped), herbs, salt, pepper/ serbuk cili (utk selera Asia) :D
  3. Untuk jadikan ia makanan yang lebih seimbang, masukkanlah sayur campur: corn, peas, carrot) gaul 2/3 min. 
  4. Masukkan kuning telur dan chesse gaul sebati.
  5. Spread kan kat dalam loyang pembakar, spread kan topping dengan mashed potatoes dan taburkan grated cheese di atasnya. 
  6. Bakar dalam oven 180° C selama 15 ~ 20 min.
Makes 8 servings.

SELAMAT MENCUBA..:D

Friday, April 30, 2010

Aqil's Action - 8 months

Aqil bulan ni genap usianya 8 bulan..Dalam usianya yang semakin meningkat dari hari ke hari macam-macam gaya lucu yang dipamerkan buat menceriakan lagi suasana kami bersama... ditambah juga dengan abg Akmalnya yang sentiasa hendakkan perhatian dan layanan dari aku dan hubby...kesian Akmal kadang-kadang nangis dek aku yang suka menyakat dia..

Baru-baru ni aku ada amik beberapa rakaman video Aqil. Bukan senang tau nak rakam.kena sembunyi-sembunyi macam paparazzi aku jadinya. Aqil pantang dengar bunyi kamera di'on'..cepat-cepat je dia meluru nak capai..maklumlah dah pandai merangkak dengan laju. Buat family kat Msia..lihatlah Aqil dah besar :D


Aqil excersice di waktu petang



Team bola sepak 3 sebelah...

Wednesday, April 28, 2010

Hachis Parmentier

Hachis Parmentier atau lebih dikenali sebagai Mashed Potato adalah salah satu masakan French yang mudah dan sedap..antara bahan utama masakan ini adalah beef cincang, sayur campur, keju, telur dan kentang..Sebenarnya masa tu aku tengok tv, entah camana tertengok rancangan masakan yang tengah masak masakan ni. Dalam hati cakap cam sedap je...tp resipinya aku cam ingat-ingat lupa lak..so aku try la cari kat dalam internet...nasib jumpa...kalau tak nampak gaya aku akan masak ikut suka hati aku ler..

Mengenai rancangan masakan yang aku tengok tu sebenarnya bagusnya, pasal dia melibatkan semua ahli keluarga..entah mungkin dah jadi trend orang sini..anak-anak mesti pandai masak tak kira lelaki atau perempuan..sebabnya aku tengok kat sekolah Akmal dari kelas tahun lepas dan kelas tahun ni, barangan mainan masak-masak mesti ada..hihihihi bukan takat tu je, rancangan kat tv pun mesti ada je budak-budak kecik yang akan diajar masak oleh mana-mana chef...kartun pun kartun ajar budak-budak masak..inilah hasil masakan aku..first time gambar tak berapa menarik, buat ternipis..next time aku masukkan gambar yang lebih menarik. ni pun dah tinggal separuh baru teringat nak amik gambar..makanan ni sesuai untuk orang yang dah jemu makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa hari ni atau orang nak maintain diet..kalau ada yang berminat nak resipi, jangan malu-malu tanya atau kalau nak lebih mudah surf ler kat internet..hihihihiihi


Friday, April 16, 2010

Cuti Summer di St Malo...

Hari ni masuk minggu 2 cuti musim summer..so hubby plan nak ajak gi jalan ke St. Malo lg..maklumlah tahun lepas pergi Grand Aquarium dalam keadaan tergesa-gesa pasal takut ketinggalan TGV..so tahun ni pergi lagi dalam keadaan yang santai-santai ler kononnya...agar dapat lebih menghayati ikan-ikan yang ada kat sana...tapi bukan sekadar menghayati ikan je...sebenarnya nak naik submarine yang ada kat sana..(tak dapat naik tahun lepas) hihihihi...Kali ni puas gak la jalan-jalan kat sana, orang pun tak berapa ramai so tak la rasa sesak nafas and sesak mata..boleh gitu? (sebenarnya tak suka tempat yang sesak-sesak dengan orang dan 'chien' hohohooho..(anjing).