Apa Yang Kita Selalu Lupa..

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang aku jahil. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagiku. Tumbuhkanlah kecintaanku pada Al-Quran. Jadikan ia perisaiku,teman hidupku di dunia, penghibur kesepianku di dalam pusara dan penyelamat diriku pada hari kiamat kelak.
Ya Allah, jadikanlah Al Quran penyuluh jalan meniti sirat, teman ke syurga dan pendinding api neraka. Perkenankanlah wahai tuhan sekalian alam...

Hit Counter (1/12/08~now)

Monday, December 01, 2008

Episod Baru..


Inilah episod baru kehidupan kami....penghujung tahun 2008 telah menjadi saksi penghijrahan kami ke benua Eropah iaitu negara Perancis. Awal-awal saya jejakkan kaki di Rennes ini, apa yang saya dapat beritau adalah timbul satu perasaan yang amat tidak menyenangkan dan agak tertekan..apa taknya rasa tak selesa setiap kali berjalan..baru beberapa tapak langkah dah ada najis anjing, bersepah-sepah!! Rasa tention sangat..dan rasa tention tu bertambah lagi mungkin kerana saya datang ke sini dalam musim winter..pokok-pokok semuanya "togel" tak ada daun langsung, rumput pun kering..so suasananya "dull" tak ada warna-warna ceria n bangunan-bangunan di pekan ni juga kebanyakkannya bangunan-bangunan lama. Time-time cam ni la mula teringat seronoknya kat kampung halaman..

Kat sini kami menyewa di apartment yang dikenali sebagai Euro-Cil Apartment yang terletak di pinggir pekan dalam daerah Rennas. Sewa bulanannya..900€ (nilai yg dikategorikan mahal) try convert RM jab 900 x 4 = RM3600 (sebln) berpeluh-peluh gak kalau dikira-kira tp nasib la dpt elaun so tak la terasa sangat. Mula-mula tu ingat nak pindah gak, cari rumah yang lebih murah..tp bila ditimbang disukat balik tak jadi, pasal sewa bulanan tu termasuk bil karen, internet dan rumah lak full furnishes..kalau pindah rumah sewa lain mmg dapat murah tp rumah kosong tnpa sebarang facilities..pusing-pusing sama je ceritanya..Kat apartment ni ada pembantu yang menjaga kebajikan kami...kami panggil dia Madame Tea (orangnya dah agk tua tp amat lincah dan mesra sesangat walaupun dia tak pndai berbahasa Inggeris) sekali sebulan kami boleh hantar cadar dan tuala yang disediakan di rumah kami untuk dicucinya..dia gak suka sgt dgn Akmal..dia panggil Akmal "babe" (baby). Kalau jumpa dia msti Akmal dapat duit/buah/coklat..mamanya tumpang sekaki la kalau dapat makanan..hihihi

Lagi satu hal sebenarnya kami datang sini tanpa sebarang ilmu bahasa French, kiranya kami ni anak beranak "gamble" ke sini..dah la nak duk negara orang 4 tahun..lama tu yang tau cuma sebut bonjour dan merci.."hebat tak?" hihihi. Tapi x pe "lifes must goes on"...lama-lama nnt pandai la tu..Ini gambar terbaru kami setelah beberapa hari sampai ke bumi Eropah ni...tengah musim winter, suhu kadang kala mencecah -2 darjah celcius..gambar pun ala-ala org Eksimo gitu!!!