Apa Yang Kita Selalu Lupa..

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang aku jahil. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagiku. Tumbuhkanlah kecintaanku pada Al-Quran. Jadikan ia perisaiku,teman hidupku di dunia, penghibur kesepianku di dalam pusara dan penyelamat diriku pada hari kiamat kelak.
Ya Allah, jadikanlah Al Quran penyuluh jalan meniti sirat, teman ke syurga dan pendinding api neraka. Perkenankanlah wahai tuhan sekalian alam...

Hit Counter (1/12/08~now)

Tuesday, January 20, 2009

Masa Lepaskan Tention.."Shopaholic?"...

Antara pasaraya yang menjadi sasaran kami berbelanja:-Geant di Grand Cartier/ Carrefour di Alma/ Carrefour di J.F Kennedy dan lagi satu di kedai cina Belasie yang menjual bhn2 makanan Asie and hari berbelanja pulak sama ada Jumaat/Sabtu, jangan sesekali keluar dengan niat nak berbelanja ari Ahad...kami pernah terkena sekali..x ada satu kedai pun bukak. Hahaha kira masa tu kami keluar sekadar jln2 mkn angin naik bas..org kat sini menggunakan masa cuti/hujung minggu dengan sepenuhnya duduk di rumah bersama keluarga atau balik ke kampung..x ada konsep keje hujung minggu. Bestnya kalau kat Msia cam2 kan!!

Awal2 dulu, setiap kali nak bershopping mesti bawa stroller utk sorong Akmal. Bukan apa penat asyk nak minta dokong jer tak larat mama dengan papanya...mana nak bawa barang, mana nak dokong dia. Anak sorang nie...:) Tapi kesian gak dia..apa taknya masa baru2 datang sini memang keadaan memerlukan kami banyak berjalan kaki untuk settlekan pelbagai urusan. Maklumlah kat sini dah tak de kereta..bukan tak terniat nak beli tapi kereta kat sini mahal2, daripada beli kereta kat sini baik guna duit untuk buat belanja yang lain. Malahan trend org kat sini pun mereka lebih gemar menggunakan transport awam dr kereta..kat pekan Rennes kereta pun memang tak banyak..lagi banyak kat Pontian hihihi dan keretanya pun banyak yang buruk2 dari yang baru..kalau diperhatikan diorg mcm tak sayang kereta...walaupun kereta tu baru tp msti ada calar2 atau kemek2..apatah lagi kereta lama. N lagi satu org kat sini berani2..pantang kalau ada yg tak puas ati..la tu gak bertegang urat..yang perempuan2nya pun berani..pernah satu ari tu kami nak gi kedai, ternampak la homeless2 yang rupanya ala2 mat2 ganas gitu..dgn anjing dia sedang geledah sampah2 kat tong sampah..lalu 2 orang perempuan muda igatkan kawan dia..rupanya diaorg sound kat mamat2 tu agar tak buat sepah2 kat tong sampah tu..hihihi tergamam gak kami tengok..

Thursday, January 01, 2009

Permata Hatiku...

Inilah dia buah hati pengarang jantung kami, Akmal Safiy. Kat sini Akmal kami sekolah kat di Ecole Maternelle du Faux, Pont. Sekolahnya ada 2 sesi iaitu dr pukul 8.30 - 11.30pg dan 1.30 - 4.30ptg. Pelajar-pelajar kat sini terdiri drp umur 3 tahun hingga 6 tahun. Dan kelasnya pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu 1) kelas French moden + bhasa Inggeris dan 2) kelas French Lama. Kat sini masa rehatnya ada disediakan makanan untuk pelajar2 tp tau2 je la makanan kat sini tak tentu halal haramnya..so Akmal kami akan bawa pulang pada waktu rehat...dan akan ke sekolah semula pada pukul 1.30ptg bagi sesi C.A.L.M (tidur) serta aktiviti2nya yg lain...tapi semenjak Akmal bakal mendapat adik ni..nampaknya sesi pagi je la yang akan dihadirinya. Apatah lagi basikal yang dianggap sebagai "Smart for 2" bagi kami sekeluarga dan dijadikan transport utama untuk hantar Akmal ke sekolah dah dicuri orang..emmm tak ta de rezeki nampaknya. Kat Rennes ni, basikal lebih berharga daripada kereta..kalau kereta tak berkunci insya Allah jarang dicuri tapi jangan basikal.. Harganyanya juga boleh tahan..Mamanya pun dah tak sanggup nak menghantar terlalu kerap, maklum la jalan kaki, jauhnya ada la dlm 4km (pergi balik). Sebenarnya bagus jalan banyak2 ni..utk exercise tp kali ni pregnant cam cepat semput lak..hihihi dah tua kot! Bila dipikir2kan cian ank aku kerap kali tuang kelas..tp kalau gi sekolah pun dia masih blum berapa belajar sangat..selalunya nyanyi, buat art, main velo (basikal), tengok cd dan teachernya bacakan buku cerita. Tahun depan pun dia akan masuk kelas yang sama..so x pe la..kat rmh pun dia ada jadual belajar jugak..so x la dia buat bende2 yg x berfaedah..

Inilah gambar dia dari baby sampai la ni serta aktivitinya di masa lapang..kalau tak melukis, warna, tengok cd, belajar online, main komputer, main scotter bike kesayangan dia..(dah besar anak mama...semoga menjadi anak yg soleh, baik, pandai seperti namamu)