Inilah dia buah hati pengarang jantung kami, Akmal Safiy. Kat sini Akmal kami sekolah kat di Ecole Maternelle du Faux, Pont. Sekolahnya ada 2 sesi iaitu dr pukul 8.30 - 11.30pg dan 1.30 - 4.30ptg. Pelajar-pelajar kat sini terdiri drp umur 3 tahun hingga 6 tahun. Dan kelasnya pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu 1) kelas French moden + bhasa Inggeris dan 2) kelas French Lama. Kat sini masa rehatnya ada disediakan makanan untuk pelajar2 tp tau2 je la makanan kat sini tak tentu halal haramnya..so Akmal kami akan bawa pulang pada waktu rehat...dan akan ke sekolah semula pada pukul 1.30ptg bagi sesi C.A.L.M (tidur) serta aktiviti2nya yg lain...tapi semenjak Akmal bakal mendapat adik ni..nampaknya sesi pagi je la yang akan dihadirinya. Apatah lagi basikal yang dianggap sebagai "Smart for 2" bagi kami sekeluarga dan dijadikan transport utama untuk hantar Akmal ke sekolah dah dicuri orang..emmm tak ta de rezeki nampaknya. Kat Rennes ni, basikal lebih berharga daripada kereta..kalau kereta tak berkunci insya Allah jarang dicuri tapi jangan basikal.. Harganyanya juga boleh tahan..Mamanya pun dah tak sanggup nak menghantar terlalu kerap, maklum la jalan kaki, jauhnya ada la dlm 4km (pergi balik). Sebenarnya bagus jalan banyak2 ni..utk exercise tp kali ni pregnant cam cepat semput lak..hihihi dah tua kot! Bila dipikir2kan cian ank aku kerap kali tuang kelas..tp kalau gi sekolah pun dia masih blum berapa belajar sangat..selalunya nyanyi, buat art, main velo (basikal), tengok cd dan teachernya bacakan buku cerita. Tahun depan pun dia akan masuk kelas yang sama..so x pe la..kat rmh pun dia ada jadual belajar jugak..so x la dia buat bende2 yg x berfaedah..
Inilah gambar dia dari baby sampai la ni serta aktivitinya di masa lapang..kalau tak melukis, warna, tengok cd, belajar online, main komputer, main scotter bike kesayangan dia..(dah besar anak mama...semoga menjadi anak yg soleh, baik, pandai seperti namamu)
Inilah gambar dia dari baby sampai la ni serta aktivitinya di masa lapang..kalau tak melukis, warna, tengok cd, belajar online, main komputer, main scotter bike kesayangan dia..(dah besar anak mama...semoga menjadi anak yg soleh, baik, pandai seperti namamu)
0 ulasan:
Post a Comment