Apa Yang Kita Selalu Lupa..

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang aku jahil. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagiku. Tumbuhkanlah kecintaanku pada Al-Quran. Jadikan ia perisaiku,teman hidupku di dunia, penghibur kesepianku di dalam pusara dan penyelamat diriku pada hari kiamat kelak.
Ya Allah, jadikanlah Al Quran penyuluh jalan meniti sirat, teman ke syurga dan pendinding api neraka. Perkenankanlah wahai tuhan sekalian alam...

Hit Counter (1/12/08~now)

Sunday, March 15, 2009

Happy Birthday Akmal...

Hari ni 15 Mac 2009, genap umur Akmal 4 tahun...surprise!!! pagi-pagi celik je mata Akmal terkejut bila tengok kat tepi katil ada hadiah yang besar bersampul biru..tak sabar2 dia nak buka tp kami kenakan syarat iaitu kena mandi n breakfast dlu...cepat2 dia bukak baju, masuk bilik air..kalau tak liat cam apa.


Mula-mula igt nak kasi dia hadiah microskop tp cari2 kat pasaraya dah abis stok lak.. apalagi papa terpaksa la gi cari kat kdai toys, n nasib baik gak kat sini ada satu kdai toys yg agak besar so dpt la cari kat situ...aku n Akmal kat rmh je...bkn apa nnt kalau ajk dia, tak psl2 mntak toys yg lain lak..n alhamdulillah akhirnya tak sia2 papa ke sana dapat gak cari hadiah dia bukan microskop ... tp teleskop.

Berbalik crita pd Akmal, lps mandi dan sarapan sambil disulami dengan video lagu Happy Birthday dr Youtube nyanyian kartun Chipmunks, Akmal tersengih2 dah tak sabar nak bukak hadiah..dan bila kotak dibuka....WAAAAAAAA....tu perkataan pertama dia n then terpaku..terbelik2 pas2 tanya ma ni apa ma? Hihihi tergelak lak aku bila tgk gelagat dia...dia tergamam psl hadiahnya besar..tp masih confius apa kebende sebenarnya benda tu..so papa dia la yg jadi tukang fixkan dan bg penerangan..


Inilah teleskop Akmal..ada gaya tak jadi astronomer..?

Tuesday, January 20, 2009

Masa Lepaskan Tention.."Shopaholic?"...

Antara pasaraya yang menjadi sasaran kami berbelanja:-Geant di Grand Cartier/ Carrefour di Alma/ Carrefour di J.F Kennedy dan lagi satu di kedai cina Belasie yang menjual bhn2 makanan Asie and hari berbelanja pulak sama ada Jumaat/Sabtu, jangan sesekali keluar dengan niat nak berbelanja ari Ahad...kami pernah terkena sekali..x ada satu kedai pun bukak. Hahaha kira masa tu kami keluar sekadar jln2 mkn angin naik bas..org kat sini menggunakan masa cuti/hujung minggu dengan sepenuhnya duduk di rumah bersama keluarga atau balik ke kampung..x ada konsep keje hujung minggu. Bestnya kalau kat Msia cam2 kan!!

Awal2 dulu, setiap kali nak bershopping mesti bawa stroller utk sorong Akmal. Bukan apa penat asyk nak minta dokong jer tak larat mama dengan papanya...mana nak bawa barang, mana nak dokong dia. Anak sorang nie...:) Tapi kesian gak dia..apa taknya masa baru2 datang sini memang keadaan memerlukan kami banyak berjalan kaki untuk settlekan pelbagai urusan. Maklumlah kat sini dah tak de kereta..bukan tak terniat nak beli tapi kereta kat sini mahal2, daripada beli kereta kat sini baik guna duit untuk buat belanja yang lain. Malahan trend org kat sini pun mereka lebih gemar menggunakan transport awam dr kereta..kat pekan Rennes kereta pun memang tak banyak..lagi banyak kat Pontian hihihi dan keretanya pun banyak yang buruk2 dari yang baru..kalau diperhatikan diorg mcm tak sayang kereta...walaupun kereta tu baru tp msti ada calar2 atau kemek2..apatah lagi kereta lama. N lagi satu org kat sini berani2..pantang kalau ada yg tak puas ati..la tu gak bertegang urat..yang perempuan2nya pun berani..pernah satu ari tu kami nak gi kedai, ternampak la homeless2 yang rupanya ala2 mat2 ganas gitu..dgn anjing dia sedang geledah sampah2 kat tong sampah..lalu 2 orang perempuan muda igatkan kawan dia..rupanya diaorg sound kat mamat2 tu agar tak buat sepah2 kat tong sampah tu..hihihi tergamam gak kami tengok..

Thursday, January 01, 2009

Permata Hatiku...

Inilah dia buah hati pengarang jantung kami, Akmal Safiy. Kat sini Akmal kami sekolah kat di Ecole Maternelle du Faux, Pont. Sekolahnya ada 2 sesi iaitu dr pukul 8.30 - 11.30pg dan 1.30 - 4.30ptg. Pelajar-pelajar kat sini terdiri drp umur 3 tahun hingga 6 tahun. Dan kelasnya pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu 1) kelas French moden + bhasa Inggeris dan 2) kelas French Lama. Kat sini masa rehatnya ada disediakan makanan untuk pelajar2 tp tau2 je la makanan kat sini tak tentu halal haramnya..so Akmal kami akan bawa pulang pada waktu rehat...dan akan ke sekolah semula pada pukul 1.30ptg bagi sesi C.A.L.M (tidur) serta aktiviti2nya yg lain...tapi semenjak Akmal bakal mendapat adik ni..nampaknya sesi pagi je la yang akan dihadirinya. Apatah lagi basikal yang dianggap sebagai "Smart for 2" bagi kami sekeluarga dan dijadikan transport utama untuk hantar Akmal ke sekolah dah dicuri orang..emmm tak ta de rezeki nampaknya. Kat Rennes ni, basikal lebih berharga daripada kereta..kalau kereta tak berkunci insya Allah jarang dicuri tapi jangan basikal.. Harganyanya juga boleh tahan..Mamanya pun dah tak sanggup nak menghantar terlalu kerap, maklum la jalan kaki, jauhnya ada la dlm 4km (pergi balik). Sebenarnya bagus jalan banyak2 ni..utk exercise tp kali ni pregnant cam cepat semput lak..hihihi dah tua kot! Bila dipikir2kan cian ank aku kerap kali tuang kelas..tp kalau gi sekolah pun dia masih blum berapa belajar sangat..selalunya nyanyi, buat art, main velo (basikal), tengok cd dan teachernya bacakan buku cerita. Tahun depan pun dia akan masuk kelas yang sama..so x pe la..kat rmh pun dia ada jadual belajar jugak..so x la dia buat bende2 yg x berfaedah..

Inilah gambar dia dari baby sampai la ni serta aktivitinya di masa lapang..kalau tak melukis, warna, tengok cd, belajar online, main komputer, main scotter bike kesayangan dia..(dah besar anak mama...semoga menjadi anak yg soleh, baik, pandai seperti namamu)

Monday, December 01, 2008

Episod Baru..


Inilah episod baru kehidupan kami....penghujung tahun 2008 telah menjadi saksi penghijrahan kami ke benua Eropah iaitu negara Perancis. Awal-awal saya jejakkan kaki di Rennes ini, apa yang saya dapat beritau adalah timbul satu perasaan yang amat tidak menyenangkan dan agak tertekan..apa taknya rasa tak selesa setiap kali berjalan..baru beberapa tapak langkah dah ada najis anjing, bersepah-sepah!! Rasa tention sangat..dan rasa tention tu bertambah lagi mungkin kerana saya datang ke sini dalam musim winter..pokok-pokok semuanya "togel" tak ada daun langsung, rumput pun kering..so suasananya "dull" tak ada warna-warna ceria n bangunan-bangunan di pekan ni juga kebanyakkannya bangunan-bangunan lama. Time-time cam ni la mula teringat seronoknya kat kampung halaman..

Kat sini kami menyewa di apartment yang dikenali sebagai Euro-Cil Apartment yang terletak di pinggir pekan dalam daerah Rennas. Sewa bulanannya..900€ (nilai yg dikategorikan mahal) try convert RM jab 900 x 4 = RM3600 (sebln) berpeluh-peluh gak kalau dikira-kira tp nasib la dpt elaun so tak la terasa sangat. Mula-mula tu ingat nak pindah gak, cari rumah yang lebih murah..tp bila ditimbang disukat balik tak jadi, pasal sewa bulanan tu termasuk bil karen, internet dan rumah lak full furnishes..kalau pindah rumah sewa lain mmg dapat murah tp rumah kosong tnpa sebarang facilities..pusing-pusing sama je ceritanya..Kat apartment ni ada pembantu yang menjaga kebajikan kami...kami panggil dia Madame Tea (orangnya dah agk tua tp amat lincah dan mesra sesangat walaupun dia tak pndai berbahasa Inggeris) sekali sebulan kami boleh hantar cadar dan tuala yang disediakan di rumah kami untuk dicucinya..dia gak suka sgt dgn Akmal..dia panggil Akmal "babe" (baby). Kalau jumpa dia msti Akmal dapat duit/buah/coklat..mamanya tumpang sekaki la kalau dapat makanan..hihihi

Lagi satu hal sebenarnya kami datang sini tanpa sebarang ilmu bahasa French, kiranya kami ni anak beranak "gamble" ke sini..dah la nak duk negara orang 4 tahun..lama tu yang tau cuma sebut bonjour dan merci.."hebat tak?" hihihi. Tapi x pe "lifes must goes on"...lama-lama nnt pandai la tu..Ini gambar terbaru kami setelah beberapa hari sampai ke bumi Eropah ni...tengah musim winter, suhu kadang kala mencecah -2 darjah celcius..gambar pun ala-ala org Eksimo gitu!!!