Apa Yang Kita Selalu Lupa..

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang aku jahil. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagiku. Tumbuhkanlah kecintaanku pada Al-Quran. Jadikan ia perisaiku,teman hidupku di dunia, penghibur kesepianku di dalam pusara dan penyelamat diriku pada hari kiamat kelak.
Ya Allah, jadikanlah Al Quran penyuluh jalan meniti sirat, teman ke syurga dan pendinding api neraka. Perkenankanlah wahai tuhan sekalian alam...

Hit Counter (1/12/08~now)

Tuesday, May 26, 2009

Trip to St Malo...

Lbh krg 6 bln duk kat sini, nilah first time kami jalan jauh..ke St. Malo. Nak kata jauh sangat pun tak la..naik bas kira2 1jam setgh..tak plan pun nak gi sini sbnarnya..entah kenapa angin hubby ajak gi jln ari2. Org dah ajak, kita apa lg..on je la. Pg tu cuaca tak berapa elok sebenarnya..tp kerana dah buat preparation smua..tiket pun dah beli, so kami gi ler jugak. Sampai kat sana, kami terus menuju ke tepi lautnya..oleh kerana hujan kami tak lama la duk situ..so kami trus naik ke bentengnya..kat atas ada satu bilik yang dijadikan art gallery kami pun masuk dan tgk2 la apa yg patut..pas tgk2 serba sikit kami keluar dan terus naik benteng tu lagi..jauh gak nak sampai atas. St. Malo ni sbnarnya salah satu tempat bersejarah di France ni, tmptnya kalau kita tgk ala2 kat Melaka tu.."Bandar Hilir"....sikit2 cam2 la..walaupun tgh hujan tapi ramai gak org dtg kat sini..tp alhamdulillah hampir beberapa jam kemudian cuaca kembali terang..setelah penat berjalan apalagi dengan perut yang lapar, kami pun turun dr benteng...x jauh dari situ ada tempat permainan kanak2..apalagi Akmal, dia pun nak gak main kat situ la..nasib baik kat situ ada kerusi yang agk selesa utk kami rehat...sambil tengok dia main kami pun baham la apa je makanan yg kami bawa..

Lps makan, ingat nak gi trus ke Grand Aquarium...tp Akmal nampak lak mini trem...emm alang2 datang kat sini..x pe la kita layan je la apa dia nak..pas pusing2 naik bende alah tu..kami cepat2 cari bas nak ke Grand Aquarium lak(yg ni ala2 Aquaria kat KL)..hihihi pakai bantai je..tp nasib baik betul basnya..sampai kat sana kami cuma ada beberapa jam je tuk jln2 tgk ikan kat situ..ingatkan masanya cukup..tp tak sangka lak tmpt tu besar...sambil2 jln kami sempat membuat perbandingkan antara Grand Aquarium dengan Aquaria KL. Aku rasa tmpt ni x blh lawan Aquaria...nak2 dr segi first impression masuk, jenis2 ikannya dan deco tmptnya..sambil sibuk amik gambar alih2 hubby ckp jom balik..emmmm masa yg diperuntukkan x cukup la..:( ada beberapa tmpt lg yang kami terpaksa tinggalkan, x pe la lain kali blh dtg lg kata hubby..dia faham le tu aku x puas ati..hihihi..so kami pun trus ke Gares St Malo..klau td dtg St.Malo naik bas tambang 8€ sorg..tp balik saja nak naik TGV lak..(nama sebenarnya apatah aku panggil bullet train jer) tambang 14€ sorg..nak merasa punya pasal tak pe la mahal pun mahal la..Bila kami jejakkan kaki ke dlm TGV emmmm...biasa je rasanya tp bila dia bergerak! Ya Allah, tak dengar bunyi bising langsung, selesa, laju dan bila nak berenti pun kami tak rasa apa2..canggihnya buatan train dia..

Friday, May 22, 2009

History of French n Learn It..

(Sumber Wikipedia Bahasa Melayu)

Bahasa Perancis (le français, la langue française) merupakan antara bahasa Rumi yang berasal dari Perancis, Belgium, Luxembourg dan Switzerland dan kini dituturkan oleh lebih 300 juta orang di seluruh dunia sebagai bahasa ibunda atau bahasa kedua. Bahasa Perancis berasal daripada bahasa Latin Empayar Rom. Ia juga dipengaruhi oleh bahasa Celtic kawasan Gaul serta bahasa Germanic orang Frank.

Kini, bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi 29 buah negara, serta bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan banyak lagi pertubuhan antarabangsa yang lain. Pertubuhan la Francophonie merupakan pertubuhan negara penduduk penutur bahasa Perancis.

Antara negara-negara yang menuturkan bahasa tersebut adalah seperti Perancis, Kanada terutamanya di Quebec, New Brunswick dan bahagian Ontario; Belgium; Switzerland; Lubnan; Luxembourg; Monaco; Maghribi; Algeria; Tunisia; banyak Barat dan bangsa Afrika Tengah seperti Côte d'Ivoire, Republik Demokratik Congo, Niger dan Senegal; Haiti; Mauritius; sesetengah negara Asia seperti Laos, Kemboja, dan Vietnam; Mexico; dan A.S dari negeri Louisiana.

Ok skrg kita blajar, utk step yg pertama kita msti tau sikit2 pronouncation dia, x tau smua pun x pe psl klau banyak vocab yg kita tau so lama2 pronounce dia pun kita tau gak...hihihi pndai ckp je aku ni, padahal aku pun baru nak belajar ni..so mari kita mulakan!!



* Sesiapa yg nak dengar cara sebutannya atau belajar dengan lebih dalam gitu..boleh la link ke add..
http://french.about.com/library/begin/bl-begpronunciation.htm

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day & Happy Birthday Abah

Happy Mother's Day...sebelum ni aku memang meraikan hari Ibu ini seperti semua orang lakukan, selalunya aku belikan kek untuk mak dan sambut bersama-samanya, tapi semenjak 1/2 tahun yang lepas aku dah tak raikannya bukan kerana aku dah lupakannya tapi kerana was-was untuk meraikannya. Dan aku beranggapan hari Ibu tidak perlu ditetapkan pada satu-satu hari kerana hari-hari aku anggap sebagai hari istimewa buat seorang ibu.

Ini semuanya terjadi bila aku terima email rantai dr seorg kawan yang melarang orang Islam menyambutnya atas alasan ianya meraikan Mother Kristian sama juga seperti menyambut Father's Day dll...dan aku pula tanpa mencari dan membuat rujukan dari sumber2 yang lain terus mempercayainya 100%..

Sehinggalah ke tahun ini apabila mak sendiri yang mengucapkannya kepada aku...terdetik kat hati aku..aku silapkah selama ni, yang menganggap hari itu tidak patut diraikan...tanpa berlengah aku terus surf internet mencari jawapannya..dan akhirnya aku jumpa apa yang aku inginkan..dari situ aku buat kesimpulan jangan sesekali percaya 100% pada email2 rantai yang korg semua terima..kerana tak semua yang kita dapat itu adalah kebenaran..ada akal fikir ada ilmu gunakan sebaik mungkin..Selamat Hari Lahir buat abah tersayang Hj. M. Zainuddin Dayat , Selamat Hari Ibu buat mak Pn Hjh Miskiah Dali dan mak mertuaku Pn. Saini Kandar semoga kalian dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sejahtera bahagia dan sentiasa dilindungi oleh-Nya. ..Sayang dan rindu selalu..

Kek ni kiriman sbg tanda kasih sayang dan ingatan walaupun kami jauh di perantauan..dan lagu dr klip video ni dituju khas utk kedua-dua mak tersayang dan anakku syg Akmal Safiy...