Happy Mother's Day...sebelum ni aku memang meraikan hari Ibu ini seperti semua orang lakukan, selalunya aku belikan kek untuk mak dan sambut bersama-samanya, tapi semenjak 1/2 tahun yang lepas aku dah tak raikannya bukan kerana aku dah lupakannya tapi kerana was-was untuk meraikannya. Dan aku beranggapan hari Ibu tidak perlu ditetapkan pada satu-satu hari kerana hari-hari aku anggap sebagai hari istimewa buat seorang ibu.
Ini semuanya terjadi bila aku terima email rantai dr seorg kawan yang melarang orang Islam menyambutnya atas alasan ianya meraikan Mother Kristian sama juga seperti menyambut Father's Day dll...dan aku pula tanpa mencari dan membuat rujukan dari sumber2 yang lain terus mempercayainya 100%..
Sehinggalah ke tahun ini apabila mak sendiri yang mengucapkannya kepada aku...terdetik kat hati aku..aku silapkah selama ni, yang menganggap hari itu tidak patut diraikan...tanpa berlengah aku terus surf internet mencari jawapannya..dan akhirnya aku jumpa apa yang aku inginkan..dari situ aku buat kesimpulan jangan sesekali percaya 100% pada email2 rantai yang korg semua terima..kerana tak semua yang kita dapat itu adalah kebenaran..ada akal fikir ada ilmu gunakan sebaik mungkin..Selamat Hari Lahir buat abah tersayang Hj. M. Zainuddin Dayat , Selamat Hari Ibu buat mak Pn Hjh Miskiah Dali dan mak mertuaku Pn. Saini Kandar semoga kalian dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sejahtera bahagia dan sentiasa dilindungi oleh-Nya. ..Sayang dan rindu selalu..
Kek ni kiriman sbg tanda kasih sayang dan ingatan walaupun kami jauh di perantauan..dan lagu dr klip video ni dituju khas utk kedua-dua mak tersayang dan anakku syg Akmal Safiy...