Khas buat tatapan hubby tercinta.."merangkap peminat setia blog ayg" hihihi..
semoga catatan ini akan mengubati kerinduan abg di sana..
25/08/2009 - Selasa
(2.00 ptg)
- Mak hantar aku ke klinik desa..chck ibu mengandung cam biasa..
- Nurse kata 26hb kena jumpa doktor..n hampir kena hantar ke hospital JB pasal kononnya dah lebih dr due date..
- Tp aku kata kalau ikut scan doctor due aku 26hb bukan 22hb..so nurse tu kata kalau 26hb maknanya aku ada tempoh semnggu lg menunggu masa kelahiran bby. Fuhh lega aku dngar..takut gak kalau kena gi JB, x pasal2 dipaksa beranak lak
(5.00 ptg)
- Aku rasa cam dah x selesa..sakit2 sikit, tp jarak masa agk jauh gak..so aku kata belum lg ni..
(7.15 ptg)
- Buka puasa cam biasa..walaupun tgh sakit masih suap Akmal..
(10.00 mlm)
- Sakit dah lebih kerap..tp 8~10min sakit
- Abah mak dah suruh gi hospital...aku x nak psl tau camana keadaannya kalau sakit kat hospital sedangkan masanya belum tiba nak bersalin.
-Dah keluar tanda darah..tp ttp x nak gi lagi psl sakitnya belum kerap 5 min
26/08/2009 (Rabu)
(2.00 pg)
- Sakitnya mmg makin kerap tp x konsisten..
- Pikir2 nnt kalau dah sakit sgt..time2 abh mak nak sahur susahkan diorg lak nak hantar aku ke hospital..
- So dengan berat hati aku minta abh hantarkan ke hospital
- Yg sedihnya, time aku sakit2 nak bersalin ni..Akmal lak demam, kalau org tua kata demam nak dapat adik..
- Mak x dapat hantar aku pasal jaga Akmal yg tgh demam..
- Masa aku nak gi tu pun Akmal terbangun, dia bersungguh2 nak ikut aku duk kat hospital..sian dia..aku kata sok aku balik, dia nangis katanya nnt dia x ada kawan. Sedih aku dgr..aku pujuk ckp nnt atuk dgn nenek temankan dia..aku gi sekejab je..sok aku balik. Kalau Akmal gi nnt doktr inject Akmal psl Akmal demam..baru la dia merelakan aku gi..
- Sampai2 hospital, chck bukaan baru 3cm..
(8.00pg)
- Dalam keadaan sakit2 masih sempat berbalas sms dgn hubby..
- Masuk labour room..dlm lbh kurang 1/2 jam Kak Gie (biras) dtg..terima kasih sgt aku ucapkan pada dia..kalau x ada dia aku x tau sape yg nak tlng n bg aku kata semangat masa aku sakit tu.
- Peraturan baru labour room..suami je yg blh msuk..mak sendiri pun x dibenarkan (apa reason dia pun aku x tau) tp nasib la kak Gie ni nurse kat situ so diberi sedikit kelonggaran..
(9.20pg)
- Alhamdulillah..26hb Ogos 2009, aku selamat melahirkan cahayamataku yang ke-2... boy 3.16 kg. (Mungkin masa ni gak hubby tgh berbual dgn kak Gie di telefon..)
- Aqil Safiy b. Samsul Haimi itulah nama yg mama dan papa hadiahkan untukmu sayang...x dapat digambarkan betapa bhagia kami menerima kehadiranmu setelah 9 purnama kami nantikan dengan penuh debaran dan kesabaran.
- Buat hubby dan ankku Akmal Safiy yang dicintai inilah hadiah yang tak ternilai harganya yg mama dapat berikan buat kalian..semoga dengan hadirnya Aqil Safiy kehidupan kita sekeluarga akan lebih bermakna..
- "Abg...terima kasih di atas segala pengorbanan dan kesabaranmu sayang, ketahuilah walaupun dirimu jauh di sana namun kau tetap sentiasa denganku di sepanjang saat2 menantikan kehadiran Aqil.."
Christmas Plinko Game for Kids
2 weeks ago
0 ulasan:
Post a Comment