Apa Yang Kita Selalu Lupa..

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang aku jahil. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagiku. Tumbuhkanlah kecintaanku pada Al-Quran. Jadikan ia perisaiku,teman hidupku di dunia, penghibur kesepianku di dalam pusara dan penyelamat diriku pada hari kiamat kelak.
Ya Allah, jadikanlah Al Quran penyuluh jalan meniti sirat, teman ke syurga dan pendinding api neraka. Perkenankanlah wahai tuhan sekalian alam...

Hit Counter (1/12/08~now)

Friday, February 26, 2010

Tazkirah Untuk Wanita

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
 
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Thursday, February 25, 2010

Thought For The Day

Great Minds
 
We all have great minds.
What makes a difference is whether or not we use the full capability of our mind.
As Washington Irving once said,
"Great minds have purposes, others have wishes."

Those who have a "purpose" are active in setting goals and constantly working towards them.
Those who simply "wish", have no specific goals for themselves;
they just go day to day allowing someone else to set their direction.

Wishing for something occupies the mind but leaves the bank empty.
Use your "great mind", and set goals to achieve your purpose.
Wishing is just as ineffective as worrying - neither accomplishes anything.
Next time you find yourself wishing for something,
remind yourself that wishing won't move you forward,
but setting goals and taking action will!
~ ~ ~ ~
by Catherine Pulsifer

Tuesday, February 23, 2010

Hadapi Kerenah Si Dia...

"Degil adalah tanda si kecil sudah membina identitinya sendiri, selain berasa dirinya sudah berada dalam zon selamat."

Termenung jab aku bila baca ayat ni...Akmal sejak dapat adik macam2 perangai yang dibuat. Mungkin dia tention gak nya, mamanya asyik minta tolong je..pastu klau salah asyik kena marah..kalau angin dia baik ok la tp kalau tak mula la dia tunjuk belang..ko org yg dah ada anak mesti lalui bende yang sama cam ni aek..ada kalanya memang tak sabo dibuatnya..kalau angin pus2 aku smpi, aku pun ngeri teringatkan balik..mengucap panjang aku..kalau difikir lama2 kenapa la aku ni, cuba la bersabar sikit, anak tu masih kecik lagi, nama pun budak memang la cam tu..kat bawah ni ada artikel psl kerenah ank..so mayb ia blh dijadikan panduan kita bersama..layannnn

Anak anda enggan makan bersama apabila diajak? Kalau diminta mengemas barang permainannya, dia hanya berdiam diri atau cuba mengelak. Mungkin juga si kecil itu sengaja membuat bising apabila si adik sedang tidur atau akan lari ketika disuruh mandi.


Anda yang mempunyai anak kecil mungkin sudah biasa menghadapi situasi seperti ini. Siapa sangka dalam usia sementah itu, si comel ini sudah mula mengaplikasi soal pendirian dan kemahuannya. Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Itu adalah tanda bahawa dia sudah membina identitinya sendiri selain berasa dirinya sudah dalam zon selamat. Namun, itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak. Berdegil adalah cara bagi anak kecil itu menunjukkan ketegasannya. Jadi, apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu, 'saya tidak sukakan peraturan mama'. Maka, apakah yang perlu anda lakukan?


Menurut jurnal Adolescent Child Specialty Services yang ditulis oleh Rebecca S. Blakeman, setiap kanak-kanak akan menunjukkan kemerdekaan diri melalui cara yang tidak sepatutnya dari semasa ke semasa. Meskipun begitu, adalah sangat penting bagi ibu bapa itu memahami situasi anak tersebut. Ibu bapa tidak harus berleter apabila tidak berasa senang dengan kelakuan anak-anak. Ia sebaliknya akan membuatkan sikap anak menjadi lebih buruk.


Beri pilihan


Jurnal Rebecca itu meminta ibu bapa cuba memahami kehendak anak mereka. Dalam situasi anda memintanya makan namun dia menjerit tidak mahu, usah dipaksa lagi. Paksaan hanya akan membuatkan dia menangis atau menunjukkan kemarahan.
 
Maka, cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika anak sibuk bermain, hampiri dia dan dakap si kecil itu sambil memberitahunya mengapa perlu makan. Itu adalah langkah pujukan psikologi. Tanpa disedari, anda sebenarnya menunjukkan bahasa tubuh dan ucapan yang membuatkan dia sedar dirinya diambil berat. Tanpa perlu memarahinya, tunjukkan betapa anda hendak ambil tahu mengapa dia tidak mahu makan.


Walau apapun yang dilakukannya, pastikan anak anda tahu bahawa semua perkara ada hadnya. Pendirian mereka mudah dilentur apabila anda menyatakan bahawa anda menyayanginya dan setiap yang disuruh itu adalah untuk kebaikannya. Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk si anak mematuhi sesuatu peraturan. Jika dia ada masalah mengikuti sesuatu permintaan atau suruhan, fikirkan alternatif untuk mencari penyelesaiannya.


Contohnya, jika anak kecil sering 'meragam' gara-gara tidak mahu tidur dalam gelap, berikannya lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram. Di situ, aspek tolak ansur sudah terbina antara ibu bapa dengan si anak tersebut.Orang dewasa perlu sentiasa menunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian ketika dia menunjukkan kenakalan atau kedegilan, anak kecil perlu sentiasa didekati dan dilayani semasa dia sedang dalam keadaan 'angin baik' atau mengikut kata. Beritahu anak-anak tentang apa yang betul atau tidak betul. Selalunya apabila si anak membuat kesalahan, dia pasti akan rasa bersalah. Oleh itu, jangan cepat marah. Sebaliknya, cakaplah secara baik dan terangkan kepadanya mengapa anda tidak mahu kesalahan itu diulanginya.
Sumber : Kosmo!

Kesimpulan: Semuanya terletak pd diri sendiri..kita yg brtanggungjawab mencoraknya, "tepuk dada tnya selera" ke "tepuk perut tnya apa isinya?" Sendiri mau pikir...:)

Saturday, February 20, 2010

Holiday ke Melaka...

Sebenarnya holiday ni masa aku n famili balik Malaysia tahun lepas. Tak gi jauh pun...balik2 jalan ke Melaka..:) tp kira best la gak, pasal kali ni tak la kalau org tanya gi mana kat Melaka? Jawapannya...Bandar Hilir..pusing2 situ gak gi nya..:) Selalu gi Melaka waktu cuti sekolah, nak booking hotel punya la susah..la ni aku gi jalan waktu cuti sekolah dah habis...kira tak sesak le bandar Melaka tu..duk lak kat Hotel City Bay View lokasinya kat tengah2 bandar so senang la kita org nak jln2. Sebenarnya tak plan pun kat Melaka ni nak jalan ke mana..tp last minit teringin lak aku ajak hubby gi naik cruise menyusuri Kg Mortan. Dengar cerita cam best...

Hari 1- Petang tu kami round2 la nak cari tempat nak naik cruise tu...terpusing2 gak kat bandar Melaka tu..try and error...siap lalu kat perkampungan Mortan lg...cantik2 rumahnya. Rupanya rumah kat situ dapat peruntukan dr kerajaan negeri untuk dibaiki dan dipelihara keasliannya serta dijadikan rumah singgahan para pelancong yang ingin melawatinya. last2 jumpa juga tempatnya kat Taman Rempah..sampai kat situ kami terpaksa lak tunggu giliran naik kul 8 pm. Bagus gak sekurang2nya tak la aku n famili menaiki cruise tu tengah2 waktu magrib. Sepanjang perjalanan menyusuri sungai tu kami didengarkan dengan info mengenai serba sedikit sejarah melaka dan perkampungan Mortan tu...cantik weiiii...permandangan dia..nampak belakang kedai2, rumah2 kat Kg Mortan dan Eyes On Malaysia yg penuh dilimpahi dengan cahaya lampu berwarna-warni. Memang tak rugi la kalau korang pergi..dijamin best berbaloi-baloi. Kira kalau aku kalau gi dengan hubby je mmg romantik gila la..hihihi...kira cam dating le ni :)

Hari 2- Pagi pas sarapan, tak sah kalau tak gi main air kat swimming pool hotel, tu la tempat yg paling best bg aku bila gi hotel... Bila agak2 matahari dah mencarak tinggi kat langit..kita org pun blah masuk bilik..hihihi kalau tak panas mmg lama lg kat pool tu :). Pas checkout hotel, kami jejalan kat bdr Hilir n singgah kat Kapal Flor de La Mar dan Muzium Samudera. Selama ni lalu lalang je tak pernah pun singgah masuk...kali ni rasa cam rugi lak kalau tak masuk tengok..sekurang2nya kalau org tnya kita dah blh ckp apa yg ada kat dlm kapal n muzium tu..:) Tengah hari tu pas makan, ingat nak naik Taming Sari..gi kat kaunter dia...minah2 guard kat situ cakap Taming Sari tengah diselenggara la pulak..dlm beberapa minggu lg baru boleh digunakan..emmm hampa..pas2 hubby tanya nak gi mana lg? Aku cam nak tak nak ckp kita gi naik Eyes On Malaysia la..hihihihi..psl tengah panas2 cam malas gitu nak jalan2. Tp bila pikir yg kita jln bukannya selalu, bila lg nak merasa bende tu semua..so sedapkan ati gi gak la..tp x lama pas2 aku terdengar lak suara kat belakang cakap, tak nak la naik tu..ada nada2 takut kat suara dia..tu suara anak aku le tu..Akmal. Dia ingat bende tu cam roller coster yg laju tu...aku ckp la bende tu tak sama..pujuk2, akhirnya termakan pujuk...;) Sampai sana kami beli tiket, tengok harga mahalnya..tp bila dpt tiket rupanya dpt diskaun cuti sekolah lg kot...alhamdulillah rezeki..sekejab je aku tunggu turn. Pas naik dia pusing2 slow je...best gak dpt tgk pemandangan bandar Melaka dan laut Selat Melaka. Lagi sekali tak nyesal naik...;) 
Pas tu...kami pun balik..dah kul 4 lebih perjalanan masih jauh..hihihi


  
  
    
Beberapa gambar semasa menaiki cruise dan di pintu masuk ke jeti.

  
 
             Aksi perenang profesional..         
              
  
 
 Kesian si kecik yg kerisauan sebelum menaiki Eyes On Malaysia...tp bila dah suka dan yang pastinya naik mulut bising tak reti diam..

Sunday, February 14, 2010

Nasi Jagung..

Hari ni aku tak tau nak masak apa...tiap2 ari makan nasi putih je, bosan gak..kat dlm peti sejuk ada balance santan satu tin, tak guna takut basi lak..jagung pun ada setgh tin lg...lama gak berdiri kat dapur mencari idea pikir nak masak apa. Malap je mentol kat kepala aku ni...seperti malapnya lampu tido dlm bilik aku...lama gak aku tunggu bila nak terang, lama2 baru la bercahaya sikit mentolnya...tergerak lak aku nak masak nasi jagung..Sebenarnya aku tak pernah pun masak nasi ni...bila lg nak try kan..so aku surf la kat internet...yek eleh senang je rupanya masak nasi ni...tp dlm resipi tu kena guna susu cair, tgk2 dlm almari tak de lak...apa lg bantai je tukar dgn santan tin aku tu...mana tau lebih sedap. Selalu masak kari org tukar santan dgn susu..so aku rasa konsepnya sama je..

Sambil2 masak teringat aku kat abah yang suka masak nasi jagung ni...walaupun selama ni abah masakkan nasi jagung tak terlintas lak aku nak belajar dgn abah dan try masak...bila dah jauh cam ni baru teringat2..selalunya bila abah dah masak nasinya, mak masakkan ayam masak merah lak..ala rindunya saat2 tu semua. Rindu family...rindu masakan mak abah...rindu kenangan2 lama...rindu segala2nya...rasa2nya boleh tak saat2 itu berulang kembali..

Lps masak nasinya...apa lg masak lak lauknya. Punya la nak abiskan santan lauk ayam pun aku gunakan santan. Ayam aku masak gulai lemak merah...selalunya kalau dah masak lauk ayam mesti ada acarnya..tp oleh kerana tak ada timun n nenas so abaikan je la ae. K ni la hasil masakan aku ari ni...


Malamnya..nak makan nasi lg ke? Cam tak bes..so tukar selera lagi..malam ni makan ringan2 je..makan roti, scrammble egg, jagung dengan ayam panggang.

Thursday, February 11, 2010

Snow in Rennes..

Hari ni pagi2 lg hubby dah kejut, "cepat2 sini, tgk ada snow" dengan muka masing2 masih busuk bgun dr tido terus jln mamai2 ke tingkap..waaaa snow!!! cam jakun gitu, maklum la baru la ni aku dpt tgk betul2 snow yg x sebnyk mana pun dr jarak yg dekat setelah sekian lama duk kat negara org ni...:D tapi tak pe la asal terkabul gak hasrat nak lihat dan sentuh snow tu..hihihi..pas2 hubby ajak main snow kat luar, nak gak ikut...tp bebe blum bgun so x dpt la aku ikut main2 snow :( x pe bila2 nnt blh main gak (sedapkan ati)

Pandangan dari tingkap rumah
Akmal yg dlm kesejukan, masuk rmh hidung merah hihihi...nak sangat main snow

Bebe Aqil..

Inilah gambar terbaru bebe Aqil...umuq dah berapa bulan yek..5 bln lbh. Comei tak? mana tak nya dah makan :D kalau ikutkan bby mula makan umur 6 bln tp kesian aku tgk Aqil cam lapo je...dr umuq 4 bln lbh aku dah blikan nestum beras campur dlm susu dia..bru la ok, nampak dia kenyang n mudah tido. Msuk 5 bln aku buatkan lak nasi blender + susu, suapkan dia..nampak laju dia makan :D tak macam abg Akmal dia masa kcik2 dlu sampai la sekarang ni susah betul nak suruh makan.

 
  
 
 Serius kan muka Aqil...tp sekali senyum blh cair hati weii...:)

Wednesday, February 10, 2010

...be thankful..

Be thankful
Be thankful that you don't already have everything you desire
If you did, what would there be to look forward to?
Be thankful when you don't know something
for it gives you the opportunity to learn.

Be thankful for the difficult times
During those times you grow
Be thankful for your limitations
because they give you opportunities for improvement.

Be thankful for each new challenge
because it will build your strength and character
Be thankful for your mistakes
They will teach you valuable lessons.

Be thankful when you're tired and weary
because it means you've made a difference.

It's easy to be thankful for the good things
A life of rich fulfillment comes to those who are also thankful for the setbacks.
Gratitude can turn a negative into a positive
Find a way to be thankful for your troubles
and they can become your blessings.