Apa Yang Kita Selalu Lupa..

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang aku jahil. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagiku. Tumbuhkanlah kecintaanku pada Al-Quran. Jadikan ia perisaiku,teman hidupku di dunia, penghibur kesepianku di dalam pusara dan penyelamat diriku pada hari kiamat kelak.
Ya Allah, jadikanlah Al Quran penyuluh jalan meniti sirat, teman ke syurga dan pendinding api neraka. Perkenankanlah wahai tuhan sekalian alam...

Hit Counter (1/12/08~now)

Sunday, February 14, 2010

Nasi Jagung..

Hari ni aku tak tau nak masak apa...tiap2 ari makan nasi putih je, bosan gak..kat dlm peti sejuk ada balance santan satu tin, tak guna takut basi lak..jagung pun ada setgh tin lg...lama gak berdiri kat dapur mencari idea pikir nak masak apa. Malap je mentol kat kepala aku ni...seperti malapnya lampu tido dlm bilik aku...lama gak aku tunggu bila nak terang, lama2 baru la bercahaya sikit mentolnya...tergerak lak aku nak masak nasi jagung..Sebenarnya aku tak pernah pun masak nasi ni...bila lg nak try kan..so aku surf la kat internet...yek eleh senang je rupanya masak nasi ni...tp dlm resipi tu kena guna susu cair, tgk2 dlm almari tak de lak...apa lg bantai je tukar dgn santan tin aku tu...mana tau lebih sedap. Selalu masak kari org tukar santan dgn susu..so aku rasa konsepnya sama je..

Sambil2 masak teringat aku kat abah yang suka masak nasi jagung ni...walaupun selama ni abah masakkan nasi jagung tak terlintas lak aku nak belajar dgn abah dan try masak...bila dah jauh cam ni baru teringat2..selalunya bila abah dah masak nasinya, mak masakkan ayam masak merah lak..ala rindunya saat2 tu semua. Rindu family...rindu masakan mak abah...rindu kenangan2 lama...rindu segala2nya...rasa2nya boleh tak saat2 itu berulang kembali..

Lps masak nasinya...apa lg masak lak lauknya. Punya la nak abiskan santan lauk ayam pun aku gunakan santan. Ayam aku masak gulai lemak merah...selalunya kalau dah masak lauk ayam mesti ada acarnya..tp oleh kerana tak ada timun n nenas so abaikan je la ae. K ni la hasil masakan aku ari ni...


Malamnya..nak makan nasi lg ke? Cam tak bes..so tukar selera lagi..malam ni makan ringan2 je..makan roti, scrammble egg, jagung dengan ayam panggang.

2 ulasan:

Anonymous said...

Aduhai yanti, begitu hari2 yang saya penah lalui dulu di Nagoya Japan. Tapi itulah dinamakan seribu kenangan dan pengalaman yang tak dapat di jual beli bila dah balik ke Malaysia. Mesti rindu pula nak laluinya sekali lagi..heee5x..

SaFiy said...

Tu la yg dinamakan perantau kan..:D Ni dah blk Msia la yek...msti rindu dgn kenangan lama..apatah lg dgn kwn2 yg dah dianggap sbg sedara yg plng rapat bila diri dah jauh dr famili. X pe kumpul duit blh mkn2 angin lg ke sana..bual punya bual, blh saya tau sape ni? :)