Apa Yang Kita Selalu Lupa..

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang aku jahil. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagiku. Tumbuhkanlah kecintaanku pada Al-Quran. Jadikan ia perisaiku,teman hidupku di dunia, penghibur kesepianku di dalam pusara dan penyelamat diriku pada hari kiamat kelak.
Ya Allah, jadikanlah Al Quran penyuluh jalan meniti sirat, teman ke syurga dan pendinding api neraka. Perkenankanlah wahai tuhan sekalian alam...

Hit Counter (1/12/08~now)

Saturday, February 20, 2010

Holiday ke Melaka...

Sebenarnya holiday ni masa aku n famili balik Malaysia tahun lepas. Tak gi jauh pun...balik2 jalan ke Melaka..:) tp kira best la gak, pasal kali ni tak la kalau org tanya gi mana kat Melaka? Jawapannya...Bandar Hilir..pusing2 situ gak gi nya..:) Selalu gi Melaka waktu cuti sekolah, nak booking hotel punya la susah..la ni aku gi jalan waktu cuti sekolah dah habis...kira tak sesak le bandar Melaka tu..duk lak kat Hotel City Bay View lokasinya kat tengah2 bandar so senang la kita org nak jln2. Sebenarnya tak plan pun kat Melaka ni nak jalan ke mana..tp last minit teringin lak aku ajak hubby gi naik cruise menyusuri Kg Mortan. Dengar cerita cam best...

Hari 1- Petang tu kami round2 la nak cari tempat nak naik cruise tu...terpusing2 gak kat bandar Melaka tu..try and error...siap lalu kat perkampungan Mortan lg...cantik2 rumahnya. Rupanya rumah kat situ dapat peruntukan dr kerajaan negeri untuk dibaiki dan dipelihara keasliannya serta dijadikan rumah singgahan para pelancong yang ingin melawatinya. last2 jumpa juga tempatnya kat Taman Rempah..sampai kat situ kami terpaksa lak tunggu giliran naik kul 8 pm. Bagus gak sekurang2nya tak la aku n famili menaiki cruise tu tengah2 waktu magrib. Sepanjang perjalanan menyusuri sungai tu kami didengarkan dengan info mengenai serba sedikit sejarah melaka dan perkampungan Mortan tu...cantik weiiii...permandangan dia..nampak belakang kedai2, rumah2 kat Kg Mortan dan Eyes On Malaysia yg penuh dilimpahi dengan cahaya lampu berwarna-warni. Memang tak rugi la kalau korang pergi..dijamin best berbaloi-baloi. Kira kalau aku kalau gi dengan hubby je mmg romantik gila la..hihihi...kira cam dating le ni :)

Hari 2- Pagi pas sarapan, tak sah kalau tak gi main air kat swimming pool hotel, tu la tempat yg paling best bg aku bila gi hotel... Bila agak2 matahari dah mencarak tinggi kat langit..kita org pun blah masuk bilik..hihihi kalau tak panas mmg lama lg kat pool tu :). Pas checkout hotel, kami jejalan kat bdr Hilir n singgah kat Kapal Flor de La Mar dan Muzium Samudera. Selama ni lalu lalang je tak pernah pun singgah masuk...kali ni rasa cam rugi lak kalau tak masuk tengok..sekurang2nya kalau org tnya kita dah blh ckp apa yg ada kat dlm kapal n muzium tu..:) Tengah hari tu pas makan, ingat nak naik Taming Sari..gi kat kaunter dia...minah2 guard kat situ cakap Taming Sari tengah diselenggara la pulak..dlm beberapa minggu lg baru boleh digunakan..emmm hampa..pas2 hubby tanya nak gi mana lg? Aku cam nak tak nak ckp kita gi naik Eyes On Malaysia la..hihihihi..psl tengah panas2 cam malas gitu nak jalan2. Tp bila pikir yg kita jln bukannya selalu, bila lg nak merasa bende tu semua..so sedapkan ati gi gak la..tp x lama pas2 aku terdengar lak suara kat belakang cakap, tak nak la naik tu..ada nada2 takut kat suara dia..tu suara anak aku le tu..Akmal. Dia ingat bende tu cam roller coster yg laju tu...aku ckp la bende tu tak sama..pujuk2, akhirnya termakan pujuk...;) Sampai sana kami beli tiket, tengok harga mahalnya..tp bila dpt tiket rupanya dpt diskaun cuti sekolah lg kot...alhamdulillah rezeki..sekejab je aku tunggu turn. Pas naik dia pusing2 slow je...best gak dpt tgk pemandangan bandar Melaka dan laut Selat Melaka. Lagi sekali tak nyesal naik...;) 
Pas tu...kami pun balik..dah kul 4 lebih perjalanan masih jauh..hihihi


  
  
    
Beberapa gambar semasa menaiki cruise dan di pintu masuk ke jeti.

  
 
             Aksi perenang profesional..         
              
  
 
 Kesian si kecik yg kerisauan sebelum menaiki Eyes On Malaysia...tp bila dah suka dan yang pastinya naik mulut bising tak reti diam..

2 ulasan:

nana said...

auwww..mcam best je jlan2..

SaFiy said...

bes!!!nnt nak jln lg..tapi bila yek?