Apa Yang Kita Selalu Lupa..

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang aku jahil. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagiku. Tumbuhkanlah kecintaanku pada Al-Quran. Jadikan ia perisaiku,teman hidupku di dunia, penghibur kesepianku di dalam pusara dan penyelamat diriku pada hari kiamat kelak.
Ya Allah, jadikanlah Al Quran penyuluh jalan meniti sirat, teman ke syurga dan pendinding api neraka. Perkenankanlah wahai tuhan sekalian alam...

Hit Counter (1/12/08~now)

Saturday, June 20, 2009

Jardin Du Thabor...

Hari ni sebenarnya nak gi belanja brg2 dapur..tp camana tah dtg lak idea kat kepala aku ni nak gi jalan2 kat tempat baru..iaitu "Jardin Du Thabor". *Jardin=Taman. Selama ni tak tau lak ada taman yang cantik dekat2 sini (kat tengah pusat bandar Republique)...nasib baik ada kawan yg beritau. Gambar menunjukkan pintu masuk ke jardin..tengok Akmal, dia kalau amik gambar memang cam tu..macam2 gaya dia buat.

Yg ini gambar membelakangi pintu masuk. Keddukan Jardin ni tinggi kat atas bukit..so dr pintu masuk kami kena naik lebih kurang 30 anak tangga untuk sampai ke atas. Bila dah sampai atas pun kami masih kena mendaki bukitnya lg..mak...semputnya!! cam dah giveup gak mula2 tp nak tgk punya psl jardin ni..kuatkan kaki gak menapak..

Hah! Gambar yg ni tgh gelak sakan...nak tau knapa? Masa Akmal nak amik gambar ni, ada org nak lalu, rupanya cam baru pas minum todi kot n dlm keadaan agk "senoning2" dgn baju yg agk tak terurus sikit. Pas tu agk2 apa Akmal buat?? hihihi...dgn muka selamba dek dia angkat tangan n suruh org tu berenti pasal dia tgh nak amik gambar... Mula2 kitaorg rasa terkedu gak skejab bila Akmal camtu, apa taknya tgur org mabuk... tp nasib org tu pun layan je si Akmal tu... fuhhhhhh lega rsa.....

Ni persembahan dr mana tah? Aku pun tak tau..tapi rasanya persembahan amal untuk kutipan derma. Aku tumpang tgk je..lagu2 yang dinyanyikan best2 gak..rugi tak rakam dr awal..dpt rakam sikit pun jadi la..

Masa msk mula2 semuanya menghijau cam hutan simpan tp x sangka pulak bila dah smpai kat bahagian dalam jardin ni baru kami nampak bnyk bunga2.. Kat bwh ni gmbr dretan pelbagai bunga2 ros..lalu kat deretan tu mulut aku x senyap asyk waaa..waaa..waaa...je. Apa taknya ada macam2 jenis bunga ros, anggaran lbh 30 jenis dr saiz yg sekecik2nya sampai la sebesar2 tpk tgn..kat belakang deretan bunga ros tu jgn igt tu lalang x berjaga..tu sebenarnya antr pelbgai jenis lalang/ rumput yg ditanam. Selain tu ada juga koleksi pokok2 herba dan sayuran.

Gaya seorg hero!! Sebenarnya mula2 Akmal tak berani nak lalu kat tali ni..tp pas aku n hubby bg semangat n ckp dia cam Diego (watak dlm kartun Dora)...cpt2 dia try, walaupun mulut dia bising eh..eh..eh..eh...tp akhirnya smpi ke hujung. Kat bwh tu muka bdak kcik kepenatan n tak ada mood bergambar.

Hah! yg ni pulak gaya apa tak tau lak aku..kat blkng Akmal tu pokok ros..bunganya kecik2 penuh satu pokok. Mengkagumkan..baunya pun wangi. Geram je aku..rsa cam nak potong bawak balik..

Master Oh Master......

Huh! Semputnya nak abiskan satu lg projek ni...'TESIS'. Tak on yg ni maka x abis2 la akunya study...dah la sem lepas aku mohon cuti penangguhan, tak kan sem ni pun nak tangguh lg...nak tak nak terpaksa la aku daftar gak sem ni...bermula semula la agenda lama aku sbg student. Hish..lemah betul la semangat aku kali ni...camana yek nak naikkan motivasi diri? Selain bende ni macam2 bende lain lg yang aku kena pikirkan...blh ke aku buat ni? Mana nak tulis tesisnya mana nak buat sistemnya..."Ya Allah kuatkanlah semangat ku dlm mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran dlm kehidupan ini...permudahkan dan lancarkanlah segala urusanku, Amin....." Come on, you can do it!!!

Happy Father's Day

21 Jun 2008, merupakan hari yang istimewa untuk seorang bapa...wlau jauh di perantauan tiada kata-kata indah yang dapat aku ucapkan, hanya doa ingatan dan harapan semoga dirimu sentiasa dilindungi, diberkati dan dirahmati oleh-Nya, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta berbahagia di samping mak dan kami semua hingga ke akhir hayat..."Selamat Menyambut Hari Bapa" buat abah tersayang...

Abah..terima ksh krn memberi kasih syg dan membesarkan ku serta mjadi insan yg berguna...

Wednesday, June 17, 2009

Poning...

Pening..pening..nak pikir, rsa cam ada batu je dlm kpala aku ni..bukan psl politik ke hapa yg aku pikirkan...Tp psl aku nak deliver kat mana? Mungkin kalau org lain...dia anggap bende ni remeh je. Tapi bagi aku, bende yg remeh ni bkn sebarangan remehnya...tinggalkan hubby 5 bln duk sendirian kat sini. Klau ada aku dgn Akmal ada mmg gamat rmh ni tp bila kitaorg x ada msti hubby sedih sunyi sorg2, puasa sorg2, raya sorg2, ada prob n susah ati sorg2...Kalau diikutkan ati mmg nak bsalin kat sini je di sisi hubby...walaupun kat Msia ada mak abh tp hubby tak ada di sisi lain rasanya...n bila bincang dgn hubby pun dia galakkan aku blk Msia...makin sedih bila aku dengar. Mcm2 tanggapan yang aku buat...tp mungkin krn org lelaki sudut pertimbangan dan pemikirannya lebih jauh dan bercabang2, tak cam perempuan lbh bnyk ikut hati dan emo.

Akhirnya, bila aku pikir2, timbang2 n sukat2 mmg lebih baik la aku blk...wlaupun dgn berat hati dan sedih terpaksalah aku berkorban sedikit, tak blh ikut hati n prasaan aku je...demi kepentingan bende2 lain yang aku kena settlekan kat sana...semoga segala urusan dan niat baik aku akan dipermudahkan dan berjalan dengan baik. Amin......

Tuesday, June 16, 2009

Jom Belajar Iqra' Dengan Akmal...

Perihal didikan anak-anak. Walaupun umur perkahwinan aku boleh dikatakan masih setahun jagung namun bila dah keluarga dan ada anak sudah semestinya kita akan pikul komitmen yang tinggi terhadap keluarga kita selain daripada mencari rezeki...tumpuan akan tertumpu kepada tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa. Dalam hal ni aku lebih suka didikan anak-anak yang berkonsepkan toleransi dan ketegasan. Maklum la zaman dah berubah...so aku rasa cara didikan juga turut berubah...anak-anak sekarang bukan macam anak-anak zaman dulu, mak ayah cakap hitam..hitam la jawapannya kalau putih, putih la ia...tengok je la banyak contoh2 yang ada pada zaman sekarang ni..bukan mudah nak didik anak kalau tak ia2...semuanya kena mula dari masa kecik..ia bukan semudah yang diperkatakan kerana kalau salah didikan tu yang banyak gejala sosial yang kurang sihat berlaku. Ko org pun mesti selalu dengar kata-kata yang menyatakan bahawa anak-anak kecil adalah kain putih yang perlu kita jaga dan warnainya dengan betul, kalau tersalah warna maka tak cantik la ia dan sebaliknya..anak-anak kita juga adalah generasi muda yg bakal menjadi pelapis kita di masa hadapan... baik atau buruk akhlak mereka bermula dari rumah...so pendidikan dari rumahlah yang memainkan peranan yg sgt penting. Eiii..nak cakap lebih2 pun..anak aku masih kecik la..cuma doa, usaha dan harapan yang dapat aku lakukan untuk mendapatkan segala impian yang aku inginkan menjadi kenyataan iaitu..."Anak-anakku menjadi anak yang baik, soleh serta insan yang berguna untuk agama dan negara"...AMIN....tak ada harta bergunung-gunung yang dapat aku berikan...hanya sedikit ilmu dapat aku berikan untuk dijadikan bekalan kehidupan di masa hadapan....



* Kalau dah tengok video klip yang kat atas tu dan berminat nak sambung klip-klip video yang lain, blh surf kat add ni
-> http://www.youtube.com/view_play_list?p=FF9B0BABBA388333