Apa Yang Kita Selalu Lupa..

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang aku jahil. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagiku. Tumbuhkanlah kecintaanku pada Al-Quran. Jadikan ia perisaiku,teman hidupku di dunia, penghibur kesepianku di dalam pusara dan penyelamat diriku pada hari kiamat kelak.
Ya Allah, jadikanlah Al Quran penyuluh jalan meniti sirat, teman ke syurga dan pendinding api neraka. Perkenankanlah wahai tuhan sekalian alam...

Hit Counter (1/12/08~now)

Tuesday, June 16, 2009

Jom Belajar Iqra' Dengan Akmal...

Perihal didikan anak-anak. Walaupun umur perkahwinan aku boleh dikatakan masih setahun jagung namun bila dah keluarga dan ada anak sudah semestinya kita akan pikul komitmen yang tinggi terhadap keluarga kita selain daripada mencari rezeki...tumpuan akan tertumpu kepada tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa. Dalam hal ni aku lebih suka didikan anak-anak yang berkonsepkan toleransi dan ketegasan. Maklum la zaman dah berubah...so aku rasa cara didikan juga turut berubah...anak-anak sekarang bukan macam anak-anak zaman dulu, mak ayah cakap hitam..hitam la jawapannya kalau putih, putih la ia...tengok je la banyak contoh2 yang ada pada zaman sekarang ni..bukan mudah nak didik anak kalau tak ia2...semuanya kena mula dari masa kecik..ia bukan semudah yang diperkatakan kerana kalau salah didikan tu yang banyak gejala sosial yang kurang sihat berlaku. Ko org pun mesti selalu dengar kata-kata yang menyatakan bahawa anak-anak kecil adalah kain putih yang perlu kita jaga dan warnainya dengan betul, kalau tersalah warna maka tak cantik la ia dan sebaliknya..anak-anak kita juga adalah generasi muda yg bakal menjadi pelapis kita di masa hadapan... baik atau buruk akhlak mereka bermula dari rumah...so pendidikan dari rumahlah yang memainkan peranan yg sgt penting. Eiii..nak cakap lebih2 pun..anak aku masih kecik la..cuma doa, usaha dan harapan yang dapat aku lakukan untuk mendapatkan segala impian yang aku inginkan menjadi kenyataan iaitu..."Anak-anakku menjadi anak yang baik, soleh serta insan yang berguna untuk agama dan negara"...AMIN....tak ada harta bergunung-gunung yang dapat aku berikan...hanya sedikit ilmu dapat aku berikan untuk dijadikan bekalan kehidupan di masa hadapan....



* Kalau dah tengok video klip yang kat atas tu dan berminat nak sambung klip-klip video yang lain, blh surf kat add ni
-> http://www.youtube.com/view_play_list?p=FF9B0BABBA388333

0 ulasan: