Sebenarnya holiday ni masa aku n famili balik Malaysia tahun lepas. Tak gi jauh pun...balik2 jalan ke Melaka..:) tp kira best la gak, pasal kali ni tak la kalau org tanya gi mana kat Melaka? Jawapannya...Bandar Hilir..pusing2 situ gak gi nya..:) Selalu gi Melaka waktu cuti sekolah, nak booking hotel punya la susah..la ni aku gi jalan waktu cuti sekolah dah habis...kira tak sesak le bandar Melaka tu..duk lak kat Hotel City Bay View lokasinya kat tengah2 bandar so senang la kita org nak jln2. Sebenarnya tak plan pun kat Melaka ni nak jalan ke mana..tp last minit teringin lak aku ajak hubby gi naik cruise menyusuri Kg Mortan. Dengar cerita cam best...
Hari 1- Petang tu kami round2 la nak cari tempat nak naik cruise tu...terpusing2 gak kat bandar Melaka tu..try and error...siap lalu kat perkampungan Mortan lg...cantik2 rumahnya. Rupanya rumah kat situ dapat peruntukan dr kerajaan negeri untuk dibaiki dan dipelihara keasliannya serta dijadikan rumah singgahan para pelancong yang ingin melawatinya. last2 jumpa juga tempatnya kat Taman Rempah..sampai kat situ kami terpaksa lak tunggu giliran naik kul 8 pm. Bagus gak sekurang2nya tak la aku n famili menaiki cruise tu tengah2 waktu magrib. Sepanjang perjalanan menyusuri sungai tu kami didengarkan dengan info mengenai serba sedikit sejarah melaka dan perkampungan Mortan tu...cantik weiiii...permandangan dia..nampak belakang kedai2, rumah2 kat Kg Mortan dan Eyes On Malaysia yg penuh dilimpahi dengan cahaya lampu berwarna-warni. Memang tak rugi la kalau korang pergi..dijamin best berbaloi-baloi. Kira kalau aku kalau gi dengan hubby je mmg romantik gila la..hihihi...kira cam dating le ni :)
Hari 2- Pagi pas sarapan, tak sah kalau tak gi main air kat swimming pool hotel, tu la tempat yg paling best bg aku bila gi hotel... Bila agak2 matahari dah mencarak tinggi kat langit..kita org pun blah masuk bilik..hihihi kalau tak panas mmg lama lg kat pool tu :). Pas checkout hotel, kami jejalan kat bdr Hilir n singgah kat Kapal Flor de La Mar dan Muzium Samudera. Selama ni lalu lalang je tak pernah pun singgah masuk...kali ni rasa cam rugi lak kalau tak masuk tengok..sekurang2nya kalau org tnya kita dah blh ckp apa yg ada kat dlm kapal n muzium tu..:) Tengah hari tu pas makan, ingat nak naik Taming Sari..gi kat kaunter dia...minah2 guard kat situ cakap Taming Sari tengah diselenggara la pulak..dlm beberapa minggu lg baru boleh digunakan..emmm hampa..pas2 hubby tanya nak gi mana lg? Aku cam nak tak nak ckp kita gi naik Eyes On Malaysia la..hihihihi..psl tengah panas2 cam malas gitu nak jalan2. Tp bila pikir yg kita jln bukannya selalu, bila lg nak merasa bende tu semua..so sedapkan ati gi gak la..tp x lama pas2 aku terdengar lak suara kat belakang cakap, tak nak la naik tu..ada nada2 takut kat suara dia..tu suara anak aku le tu..Akmal. Dia ingat bende tu cam roller coster yg laju tu...aku ckp la bende tu tak sama..pujuk2, akhirnya termakan pujuk...;) Sampai sana kami beli tiket, tengok harga mahalnya..tp bila dpt tiket rupanya dpt diskaun cuti sekolah lg kot...alhamdulillah rezeki..sekejab je aku tunggu turn. Pas naik dia pusing2 slow je...best gak dpt tgk pemandangan bandar Melaka dan laut Selat Melaka. Lagi sekali tak nyesal naik...;)
Pas tu...kami pun balik..dah kul 4 lebih perjalanan masih jauh..hihihi
Saturday, February 20, 2010
Holiday ke Melaka...
Dicatat oleh SaFiy 2 ulasan
Sunday, February 14, 2010
Nasi Jagung..
Hari ni aku tak tau nak masak apa...tiap2 ari makan nasi putih je, bosan gak..kat dlm peti sejuk ada balance santan satu tin, tak guna takut basi lak..jagung pun ada setgh tin lg...lama gak berdiri kat dapur mencari idea pikir nak masak apa. Malap je mentol kat kepala aku ni...seperti malapnya lampu tido dlm bilik aku...lama gak aku tunggu bila nak terang, lama2 baru la bercahaya sikit mentolnya...tergerak lak aku nak masak nasi jagung..Sebenarnya aku tak pernah pun masak nasi ni...bila lg nak try kan..so aku surf la kat internet...yek eleh senang je rupanya masak nasi ni...tp dlm resipi tu kena guna susu cair, tgk2 dlm almari tak de lak...apa lg bantai je tukar dgn santan tin aku tu...mana tau lebih sedap. Selalu masak kari org tukar santan dgn susu..so aku rasa konsepnya sama je..
Sambil2 masak teringat aku kat abah yang suka masak nasi jagung ni...walaupun selama ni abah masakkan nasi jagung tak terlintas lak aku nak belajar dgn abah dan try masak...bila dah jauh cam ni baru teringat2..selalunya bila abah dah masak nasinya, mak masakkan ayam masak merah lak..ala rindunya saat2 tu semua. Rindu family...rindu masakan mak abah...rindu kenangan2 lama...rindu segala2nya...rasa2nya boleh tak saat2 itu berulang kembali..
Lps masak nasinya...apa lg masak lak lauknya. Punya la nak abiskan santan lauk ayam pun aku gunakan santan. Ayam aku masak gulai lemak merah...selalunya kalau dah masak lauk ayam mesti ada acarnya..tp oleh kerana tak ada timun n nenas so abaikan je la ae. K ni la hasil masakan aku ari ni...
Malamnya..nak makan nasi lg ke? Cam tak bes..so tukar selera lagi..malam ni makan ringan2 je..makan roti, scrammble egg, jagung dengan ayam panggang.
Dicatat oleh SaFiy 2 ulasan
Thursday, February 11, 2010
Snow in Rennes..
Hari ni pagi2 lg hubby dah kejut, "cepat2 sini, tgk ada snow" dengan muka masing2 masih busuk bgun dr tido terus jln mamai2 ke tingkap..waaaa snow!!! cam jakun gitu, maklum la baru la ni aku dpt tgk betul2 snow yg x sebnyk mana pun dr jarak yg dekat setelah sekian lama duk kat negara org ni...:D tapi tak pe la asal terkabul gak hasrat nak lihat dan sentuh snow tu..hihihi..pas2 hubby ajak main snow kat luar, nak gak ikut...tp bebe blum bgun so x dpt la aku ikut main2 snow :( x pe bila2 nnt blh main gak (sedapkan ati)
Dicatat oleh SaFiy 2 ulasan
Bebe Aqil..
Inilah gambar terbaru bebe Aqil...umuq dah berapa bulan yek..5 bln lbh. Comei tak? mana tak nya dah makan :D kalau ikutkan bby mula makan umur 6 bln tp kesian aku tgk Aqil cam lapo je...dr umuq 4 bln lbh aku dah blikan nestum beras campur dlm susu dia..bru la ok, nampak dia kenyang n mudah tido. Msuk 5 bln aku buatkan lak nasi blender + susu, suapkan dia..nampak laju dia makan :D tak macam abg Akmal dia masa kcik2 dlu sampai la sekarang ni susah betul nak suruh makan.
Dicatat oleh SaFiy 0 ulasan
Wednesday, February 10, 2010
...be thankful..
Be thankful
Be thankful that you don't already have everything you desire
If you did, what would there be to look forward to?
Be thankful when you don't know something
for it gives you the opportunity to learn.
Be thankful for the difficult times
During those times you grow
Be thankful for your limitations
because they give you opportunities for improvement.
Be thankful for each new challenge
because it will build your strength and character
Be thankful for your mistakes
They will teach you valuable lessons.
Be thankful when you're tired and weary
because it means you've made a difference.
It's easy to be thankful for the good things
A life of rich fulfillment comes to those who are also thankful for the setbacks.
Gratitude can turn a negative into a positive
Find a way to be thankful for your troubles
and they can become your blessings.
Dicatat oleh SaFiy 0 ulasan










